MENGENAI

Pada hari ini, Lembah Bujang adalah sebuah tempat cari gali yang tidak berkesudahan dengan kawasan pemandangan yang mengasyikkan untuk semua orang bergembira, belajar dan turut serta. Memahami bahawa pemuliharaan alam, pengembangan budaya, dan kemajuan sektor pelancongan sebagai satu proses perkongsian, Lembah Bujang kini diperkenalkan sebagai sebuah kawasan perkampungan lestari dan hub ekopelancongan melalui inisiatif komuniti setempat. Kami berhasrat untuk menyediakan sebuah platform kolaboratif untuk perkongsian komuniti dalam memastikan Lembah Bujang dimajukan sebagai kawasan lestari yang memelihara khazanah alam dan warisan budaya, menguntungkan penduduk tempatan dan juga pelancong. Selain ahli komuniti setempat dijemput menggunakan platform ini dengan sumbangan idea, pelaksanaan projek atau berkongsi ilmu dalam pelaksanaan kaedah memelihara alam, jejak budaya, kehidupan di kampung, peluang keusahawanan sosial dan sebagainya, para pengunjung dari serata dunia turut dijemput untuk mendalami dan turut serta melawat kawasan-kawasan kami yang menakjubkan melalui peluang sukarelawan, lawatan saintifik atau sekadar meluangkan masa percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.

Maklumat lanjut mengenai Jejak Pelancongan Lestari di Lembah Bujang akan disediakan dalam masa terdekat. Nantikan ya!

LOKASI

Lembah Bujang menawarkan pakej pelancongan kepada pengunjung yang mencari pengalaman yang asli dan ingin mempelajari mengenai khazanah alam dan warisan budaya Malaysia. Pakej lawatan berserta jurupandu bertauliah ini bervariasi daripada aktiviti di kawasan paya bakau termasuklah penanaman pokok hutan bakau, kelas memasak masakan tradisional, inap desa di kampung dan rumah bot, jejak sejarah di tapak dan muzium arkeologi, hinggalah ke jejak seni urban, merentas hutan dan mandi air terjun yang menyegarkan!

HUTAN PAYA BAKAU

Hutan Paya Bakau Merbok (kini di bawah penilaian sebagai kawasan Rizab Biosfera UNESCO) adalah bukti menakjubkan daripada alam, dengan kecantikannya, nilai ekosistem dan sumbangannya kepada kehidupan komuniti di sepanjang sungai. Hutan paya bakau ini mengandungi beberapa spesies yang unik dan berstatus terancam teruk, termasuklah Pokok Berus Mata Buaya yang hanya tinggal 200 batang pokok sahaja di seluruh dunia. Usahawan sosial tempatan menghidangkan pakej interaktif di kawasan ini dengan aktiviti penanaman semula bakau, santapan sambil menyaksikan matahari terbenam, melihat burung, dan lain-lain lagi.

TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI

Jejak warisan budaya di Lembah Bujang mengandungi sebuah kompleks arkeologi yang luas, tersebar sekitar ladang kelapa sawit di Sungai Batu dengan tapak arkeologi dan candi-candi memberi pencerahan kepada bukti ketamadunan kita yang berusia jauh lebih tua daripada bangsa-bangsa serantau. Lawatan ke muzium yang serba lengkap, tapak-tapak ekskavasi dan sekitarnya memberi pencerahan kepada sejarah dan budaya kita yang di luar kebiasaan.

LANSKAP & KEHIDUPAN KAMPUNG

Lembah Bujang adalah sebuah destinasi yang memaparkan kehidupan dan tradisi masyarakat kampung, menyajikan pengalaman unik kepada budaya Malaysia dan serantau dengan suasana tempatan yang asli dikelilingi sawah padi. Kepelbagaian penduduk, makanan, budaya dan tradisi adalah mengasyikkan. Kepelbagaian pilihan kemudahan penginapan (termasuk inap desa) membuka peluang pengunjung domestik dan antarabangsa untuk merasai keharmonian suasana di perkampungan.

KELESTARIAN DAN KEUSAHAWANAN SOSIAL

Kebanyakan penduduk di kawasan Lembah Bujang tinggal dan bekerja sekitar kawasan paya bakau dan sekitarnya; mengukuhkan lagi sejarah hubungan antara manusia dan alam semulajadi di kawasan ini. Walaupun sinergi kegiatan manusia dan alam semula jadi ini menjadi sesuatu yang saling bergantung, ia juga memerlukan penjagaan dan pengamalan sikap berhati-hati bagi mengelakkan kemusnahan dan masalah kepada alam sekitar. Selain itu, penjagaan alam sekitar adalah bertujuan untuk mengurangkan kemusnahan sumber alam yang sangat kritikal ketika ini bagi memastikan ekosistem tersebut memberi manfaat berterusan kepada alam sekitar dan kepada penduduk sekitarnya.

PENTERNAKAN TIRAM

Sungai Merbok merupakan satu-satunya tempat ternakan tiram yang terdapat dalam aliran sungai ini sebagai sebahagian daripada Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang telah mendapat sokongan dari kerajaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM). Penternakan secara berterusan melebihi 50,000 tiram di pinggiran sungai bakau. Penternakan tiram ini menjadi sumber pendapatan kedua kepada penduduk tempatan melalui penjualan tiram di tempat-tempat pelancongan dan secara langsung memperkenalkan penternak tiram di kawasan tersebut.

PERTUMBUHAN PERMAKULTUR & ORGANIK

Beberapa kawasan di Lembah Bujang yang kini sedang diurusakan dengan menerapkan prinsip permakultur dan pertumbuhan organic. Ia termasuklah di kawasan semenanjung dan kawasan pulau berdekatan Tanjung Dawai (Kedah). Dalam usaha meningkatkan penglibatan masyarakat dalam amalan hidup lestari, projek ini memberi tumpuan kepada penubuhan taman-taman yang boleh berdiri sendiri dan tumbuh mekar, bank benih, kajian biodiversiti, seni bina lestari, tenaga hijau, dan pengurusan air serta perlestarian alam.

PUSAT TUISYEN

Menyedari hakikat bahawa kelangsungan hidup bergantung kepada pendidikan seseorang, sebuah kelab tuisyen iaitu Kelab Puncak Pendidikan dan Kebajikan merupakan sebuah pusat tuisyen yang telah lama ditubuhkan oleh pesara USM pada tahun 1996 di Kampung Bujang. Pusat tuisyen ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh dalam bidang sains, matematik, dan Bahasa Inggeris kepada lebih 130 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di kawasan ini. Operasi pusat ini adalah bergantung sepenuhnya kepada sumbangan daripada sukarelawan. Bagi keterangan lanjut, boleh melawati terus ke Kampung Bujang jika igin mengetahui cara untuk memberi sumbangan atau penglibatan.

SOKONGAN

Kepentingan mewujudkan Lembah Bujang sebagai destinasi pelancongan lestari yang telah diiktiraf sebagai satu usaha yang harus dilakukan bagi tujuan pemeliharaan masyarakat setempat, alam semula jadi, warisan budaya, mewujudkan keusahawanan sosial dan juga peluang mengembangkan sektor perlancongan.

Pengiktirafan dan sokongan diterima daripada:

TUKAR KEPADA BERITA

HUBUNGI

LEMBAH BUJANG

Pembangunan Pelancongan Lestari Lembah Bujang oleh Riverside Travel & Tours Sdn Bhd
Tel.: + 60 19-7718890
Tel.: + 60 4-4422990
E-mel: info@lembahbujang.com
Alamat: No .11, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah

  • facebook
  • Instagram

PETA

Teletak di negeri Kedah Darul Aman, barat laut Malaysia. Lembah Bujang meliputi kawasan yang luas mengeliling Sungai Merbok, berhampiran Sungai Jerai di utara dan Sungai Muda diselatan. Dengan penghormatan tambahan daripada Sungai Bujang dan Sungai Petani, rangkaian Sungai Merbok telah menampung sebahagian daripada keunikan semula jadi pinggir sungai yang melindungi keunikan sejarah yang panjang dalam pembangunan manusia dan juga azimat budaya.

HOW TO GET THERE?

BY ROAD

If you are coming through Penang Int’l. Airport (or Georgetown itself) you can opt for straight (45min.) drive to Sg. Petani via Express Highway - E1 (direction North) by crossing the bridge to mainland. Or you can chose to take the road through the panoramic rice paddies (via Kepala Batas).
If coming through Langkawi, you can take the ferry from Kuah to Kuala Perlis Ferry Terminal (about 60min.) and then drive as soon as you touch the ground. You would navigate to the Express Highway – E1 (direction South) passing by Alor Setar and reaching Sungai Petani (about 80min).
Car rentals are easily available in Penang and Langkawi. Or via online services. In Lembah Bujang area, car rental is still relatively rare – but motorbikes (scooters) can be rented as a good transportation alternative as roads are ample and in good conditions.

BY TRAIN

There are regular trains to Sg. Petani running from many places in Malaysia, including Kuala Lumpur.
The most convenient arrival would be by commuter train Butterworth (20-min. ferry ride from Georgetown), where the Butterworth Railway Station share the complex with the Ferry Terminal. So it will be a short crossover walk from the ferry to the train. Trains are new and run relatively frequent (every 60-90min) with direction to Gurun, Padang Besar and other will get you to Lembah Bujang. Cost is less than 4 MYR on average (one-way).

BY AIR

Lembah Bujang has in its proximities 2 major international airports (PEN – Penang Int’l. Airport; LGK – Langkawi Int’l. Airport) and 1 domestic airport (AOR – Sultan Abdul Halim Airport, Alor Setar).